Daripada Jabir ibn Abdullah berkata;
"Sebelumnya, Rasulullah saw sering berdiri pada sebatang tunggul kurma (ketika berkhutbah). Tetapi setelah dibina untuk Baginda saw sebuah mimbar (dan Nabi saw berkhutbah diatas mimbar tersebut) kami mendengar suara tangisan tunggul kurma tersebut seperti teriakan unta bunting 10 bulan sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar tersebut maka ia pun berhenti menangis"
Berkata Abu al Qasim al Baghawi : Apabila Hasan al Basri menceritakan kisah batang kurma itu, beliau akan menangis seraya berkata:
"Wahai hamba Allah! Batang kayu merintih kerana rindu terhadap Rasulullah saw setelah berpisah dengannya, maka kalian adalah lebih berhak merindui pertemuan dengan Rasulullah saw".
Rasulullah adalah ikon terbaik dalam kehidupan kita. Betapa Rasulullah s.a.w dikasihi oleh semua makhluk. Semoga kisah ini dapat memberi satu kesedaran kepada kita betapa Rasulullah ini amat dirindui dan sangat diharap dapat didampingi. Walaupun 1400 tahun sudah di belakang Nabi s.a.w, namun kita masih berdoa agar kita nanti dapat berdamping dengan Rasulullah s.a.w.
Wali Allah Dituduh Mencuri
Kisah ini di ceritakan oleh Zun-Nun al-Misri(ra) di mana pada suatu hari beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari barang yang di hajatinya. Setelah persiapan diatur, beliau telah membeli tiket untuk menaiki kapal untuk menuju ke tempat yang dihajatinya. Kapal yang di naiki oleh Zun-Nun penuh sesak dengan orang ramai. Di antara penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar cahaya. Pemuda itu duduk di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang kebanyakkannya mudar-mandir di atas kapal itu.
Keadaan di dalam kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal tersebut penuh sesak dengan orang ramai. Pada peringkat permulaan pelayaran, keadaannya berjalan dengan lancar sekali kerana keadaan laut tidak bergelombang dan angin bertiup tidak terlalu kencang. Suasana di dalam kapal ketika itu sangat tenang, kerana penumpang dengan hal masing-masing, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang di buat oleh kapten kapal tersebut bahawa dia telah kehilangan satu barang yang sangat berharga. Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa lagi. Semua penumpang di ingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.
Keadaan di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana penumpang sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain. Masing-masing membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang tersebut. Tidak berapa lama kemudian, pemeriksaan di lakukan seorang demi seorang, semua beg, barang-barang digelidah tetapi tidak menjumpai barang yang di cari. Akhirnya sampai kepada pemuda yang disebutkan oleh Zun- Nun. Oleh kerana pemuda itu orang terakhir yang di periksa, pada anggapan orang ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu pemuda ini yang mencuri barang tersebut. Maka pemuda itu di perlakukan dengan kasar sekali di dalam pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes di atas tindakan kasar yang di lakukan oleh pegawai pemeriksa sambil berkata, bahawa dia bukannya seorang pencuri, Dengan protes tersebut, ia menambahkan lagi syak wasangka pegawai dan kapten tersebut.
Oleh kerana tidak tahan dengan kekasaran yang di lakukan oleh pemeriksa tersebut, maka pemuda itu terjun ke laut, yang menghairankan orang ramai yang memerhatikan tingkah laku pemuda itu ialah pemuda itu tidak tenggelam di dalam laut, malah ia duduk di atas permukaan air. Pemuda itu berdoa kepada Allah dengan suara yang keras sekali “Ya Allah, mereka sekalian menuduhku pencuri, demi ZatMu, wahai tuhan yang membela orang teraniaya, perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan membawa permata-mata berharga di mulutnya”.
Tidak lama kemudian, dengan kuasa Allah beribu-ribu ikan timbul dan kelihatan di mulutnya batu-batu permata yang berkilauan cahayanya. Semua orang yang berada di atas kapal bersorak dan menepuk tangan kepada pemuda itu. Kapten kapal dan pegawainya sungguh terperanjat dan bingung seolah-oleh tidak percaya apa yang telah mereka lihat.
Pemuda itu berkata “Apakah kamu sekalian masih menuduhku sebagai pencuri pada hal perbendaharaan Allah ada di tanganku dan jika mahu aku boleh mengambilnya”. Kemudian pemuda itu menyuruh ikan-ikan tersebut kembali ke tempat asal mereka dan pemuda itu berdiri dan berlari di atas air dengan cepat sekali sambil menyebut ayat ke- 4 surah Al Fatihah yang bermaksud ‘Hanya kepada-Mu lah aku menyembah dan hanya kepada Mu pula aku meminta bantuan’.
Kisah ini menunjukkan bahawa seseorang itu jangan terburu-buru dalam melemparkan tuduhan kepada orang lain, sentiasa bersangka baik sesama manusia kerana Allah menyembunyikan para waliNya dilkalangan hambaNya.
Di petik dari FB Ustaz Iqbal Zain
Siapakah Terakhir Masuk Syurga?
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Di akhirat nanti golongan muslim terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang yang terus memasuki syurga tanpa hisab dan golongan yang di azab dahulu di neraka kemudian baru dimasukkan kedalam syurga.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Selamatlah rombongan pertama, wajah mereka bagaikan bulan purnama. Mereka berkisar 70.000 (tujuh puluh ribu) orang.”
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ”Telah diperlihatkan kepadaku ummat-ummat terdahulu, maka saya melihat ada seorang nabi yang disertai dengan rombongan kecil, ada seorang nabi yang disertai dengan satu dua orang sahaja, bahkan ada seorang nabi yang tidak mempunyai pengikut seorang pun. Kemudian terlihat olehku satu rombongan besar yang kusangka mereka adalah ummatku, namun dikatakan kepadaku: ”Ini adalah Musa dan kaumnya, tetapi lihatlah ke ufuk sana.”
Kemudian kulihat ke ufuk itu dan tiba-tiba kulihat rombongan yang besar, lantas dikatakan kepadaku: ”Lihatlah ke ufuk yang lain”; di sana kulihat satu rombongan besar kemudian dikatakan kepadaku: ”Ini adalah ummatmu dan di dalamnya ada tujuh puluh ribu orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa lebih dahulu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setelah golongan pertama orang-orang mukmin yang masuk syurga tanpa hisab berjumlah 70,000 orang maka masuklah golongan mukmin kedua wajah mereka terangnya seperti bintang-bintang dilangit.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Kemudian orang-orang berikutnya, wajah mereka seperti terangnya bintang-bintang di langit. Demikian seterusnya.”
Seorang muslim yang ada sedikit imannya kepada Allah SWT (walaupun sebesar biji sawi) tetapi banyak melakukan dosa-dosa besar semasa didunia ini , di akhir kematiannya dia tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT maka dia akan dimasukkan kedalam neraka. Dia akan mendapat azab yang amat dahsyat sekali kerana seksaan neraka yang paling ringan adalah apabila dipakaikan capal neraka otaknya mendidih kerana terlalu panasnya api neraka.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun memintakan syafaat, hingga keluar orang-orang yang mengucap: ‘Laa ilaaha illallah’ dari neraka dan orang-orang yang di hatinya terdapat kebaikan seberat gandum.
Mereka ditempatkan di halaman syurga, sedangkan ahli syurga memerciki mereka dengan air, sampai mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu (tumbuhan) di dalam banjir.
Hilanglah hangus tubuh mereka.
Kemudian ia (orang terakhir) meminta Allah memberikannya dunia dan sepuluh kali lipatnya”.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Abu Said Al Khudri r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Allah memasukkan penghuni syurga ke syurga, Dia memasukkan orang yang di kehendakiNya dengan rahmat-Nya dan memasukkan penghuni neraka ke neraka, kemudian Dia berfirman maksudnya : “Lihatlah orang yang kamu sekalian dapati di dalam hatinya iman seberat biji sawi, maka keluarkanlah ia”. Kemudian mereka dikeluarkan dari neraka seperti arang, mereka telah terbakar maka mereka dilemparkan di sungai hidup (Nahrul hayat), lalu mereka tumbuh di dalamnya, sebagaimana biji-bijian itu tumbuh di tanah yang dibawa banjir, tidaklah kamu melihatnya, bagaimana ia tumbuh dengan kuning emas”.
Di atas rahmat Allah SWT dan syafaat daripada Nabi SAW seorang muslim yang ada sedikit iman dan tidak mensyirikkan Allah SWT masih berpeluang untuk memasuki syurga tetapi terpaksa melalui penyeksaan yang amat dahsyat di neraka dan seharusnya ianya menjadi motivasi kepada kita minta dijauhilah seksaan api neraka.
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Nabi SAW pernah berdoa dengan doa ini, iaitu:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَمِنْ شَرِّ الْغِنَى وَالْفَقْرِ
“ALLAAHUMMA INNII A’UUDZU BIKA MIN FITNATIN NAAR WA ‘ADZAABIN NAAR, WA MIN SYARRIL GHINAA WAL FAQR” (maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari fitnah neraka dan azab neraka, serta dari keburukan kekayaan dan kefakiran).” (Hadis Riwayat Abu Daud no. 1543. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita sempena Maal Hijrah yang penuh berkat. Banyakkan berdoa, bermunajat dan meminta perlindungan Allah SWT daripada seksaan api neraka. Semoga Allah SWT memilih kita dikalangan hamba-hamba-Nya yang akan memasuki syurga tanpa hisab. Perkara paling penting yang perlu kita jaga adalah iman kita kepada Allah SWT dan rukun-rukun iman yang enam supaya kita tidak syirik kepada-Nya. Kemudian kita beramal dengan ajaran Islam dan berakhlak dengan akhlak seorang mukmin maka kita akan menjadi mukmin yang diredai dan dirahmati Allah SWT.
Sumber: http://ohmuslim.com/siapakah-terakhir-masuk-syurga/2016/01/2204/
Audit Diri Sebelum Diaudit
Audit lah amalan kita, yang manakah yang banyak, amalan yang boleh menghumban kita ke neraka atau amalan yang melepaskan diri dari neraka dan menjadi tiket untuk menuju ke syurga kerana Allah maha mengetahui dan melihat segalanya.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Hasyr:18)
Zalzalah [7]Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalnya)! Zalzalah [8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Hadid [4] ……Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Selain itu, Allah SWT menugaskan malaikat Kiraman Katibin yang merekodkan perbuatan manusia.
Al-Infitar [10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,[11](Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) [12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
Semuanya direkodkan samada kecil atau besar:
Kahfi [49] Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
Yassin [12]…dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata
Di hari kiamat pula, bumi, malaikat, anggota badan semuanya menjadi saksi.
Zalzalah [4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
Yassin [65] Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan
An-Nur [24] Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.
Fussilat [21] Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)
Sumber: https://nasbunnuraini.wordpress.com/2016/07/22/audit-diri-sebelum-diaudit/
Bersederhana Dalam Pelbagai Aspek
Dalam hadith disebut: “Sebaik-baik perkara ialah yang sederhana” (Riwayat Ahmad). Kata ulama “sebaik-baik perkara ialah pertengahan (sederhana) dan kata pepatah Melayu pula “Buat baik berpada-pada“. Umat Muhammad adalah umat yang sederhana berbanding golongan Yahudi dan Nasrani. Agama dan syariat atau hukum-hakam Islam lebih sederhana dan berlemah-lembut berbanding agama mereka. Kita juga diajar supaya bersederhana dalam beribadah, makan-minum dan berkawan.
Sederhana Dalam Beribadah Tetapi Konsisten (Berterusan)
Demi Allah sesungguhnya aku orang yang paling takutkan Allah dan paling bertaqwa. Namun aku berpuasa dan berbuka, bersembahyang dan tidur dan menggauli wanita. Sesiapa yang berpaling dari sunnahku bukan daripadaku.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Aisyah r.a. katanya, bahawa Nabi s.a.w. menjadikan tikar anyaman pelepah tamar sebagai dinding pada waktu malam, lalu ia bersembahyang. Pada waktu siang ia menghamparkan tikar itu dan duduk diatasnya. Orang-orang datang berkumpul kepada Rasulullah s.a.w. lalu mereka bersembahyang sepertinya. Hingga kemudiannya bilangan mereka menjadi ramai. Rasulullah datang menemui mereka dan bersabda,”Wahai manusia, buatlah amalan setakat yang kamu mampu. Bahawasanya Allah tidak jemu sehinggalah kamu berasa jemu dan sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berkekalan sekalipun sedikit.” (Riwayat Bukhari)
Furqan [67] : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu
Sederhana Dalam Berkawan dan Bermusuh
Rasulullah saw bersabda, kasihilah seseorang secara sederhana sahaja, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi musuhmu, dan bencilah orang yang engkau benci secara sederhana sahaja, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi kawanmu (Riwayat Tirmidzi).
Sederhana Dalam Makan Minum
Jauhilah membuncitkan buncit (makan dan minum secara berlebihan), kerana sesungguhnya ia merosakkan jisim (tubuh), dan dapat menyebabkan malas mengerjakan solat, dan bersederhanalah dalam kedua hal tersebut kerana sesungguhnya bersederhana itu lebih baik bagi tubuh dan menjauhkan diri dari membazir (Riwayat Bukhari).
Sumber: https://nasbunnuraini.wordpress.com/2016/07/22/bersederhana-dalam-pelbagai-aspek/
- 1
- 2