
Kota Warisan 12 NOV 2016, Bertempat di Surau Al-Hijrah, Kota Warisan telah berlangsungnya satu majlis serba ringkas setelah selesai Kuliah Maghrib Khas bersama Al-Fadhil Ustaz Nazmi Karim aka Ustaz Smack Down. Majlis yang dimaksudkan adalah Majlis Penyerahan Sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana Umat Islam Luar Negara.
Sumbangan sebanyak RM 48, 740.00 telah disampaikan oleh Pengerusi Surau Tn. Hj Hasbullah bin Mat kepada wakil NGO Muslim Care iaitu Ustaz Nazmi Karim dengan jayanya. Sumbangan ini adalah hasil daripada kutipan jemaah Surau & seluruh penduduk Kota Warisan.
Mudah-mudahan dengan sumbangan ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu pelarian Syria yang sedang menghadapi musim sejuk pada ketika ini dan juga sebagai dana pembinaan sekolah di sempadan Syria.
Jazakallahu khairan kathira kepada semua penyumbang yang budiman, semoga sentiasa dirahmati Allah.