Daripada Jabir ibn Abdullah berkata;
"Sebelumnya, Rasulullah saw sering berdiri pada sebatang tunggul kurma (ketika berkhutbah). Tetapi setelah dibina untuk Baginda saw sebuah mimbar (dan Nabi saw berkhutbah diatas mimbar tersebut) kami mendengar suara tangisan tunggul kurma tersebut seperti teriakan unta bunting 10 bulan sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar tersebut maka ia pun berhenti menangis"
Berkata Abu al Qasim al Baghawi : Apabila Hasan al Basri menceritakan kisah batang kurma itu, beliau akan menangis seraya berkata:
"Wahai hamba Allah! Batang kayu merintih kerana rindu terhadap Rasulullah saw setelah berpisah dengannya, maka kalian adalah lebih berhak merindui pertemuan dengan Rasulullah saw".
Rasulullah adalah ikon terbaik dalam kehidupan kita. Betapa Rasulullah s.a.w dikasihi oleh semua makhluk. Semoga kisah ini dapat memberi satu kesedaran kepada kita betapa Rasulullah ini amat dirindui dan sangat diharap dapat didampingi. Walaupun 1400 tahun sudah di belakang Nabi s.a.w, namun kita masih berdoa agar kita nanti dapat berdamping dengan Rasulullah s.a.w.
03 Aug2016