Surau Al-Hijrah Kota Warisan telah diluluskan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Selangor seperti berikut:
Tarikh: 14hb Januari, 2003
No Pendaftaran: JAL.SEL BPM/01/040/41
Surau bermula di tingkat bawah Apartment, kemudiannya berpindah menumpang surau Sekolah Kebangsaan Kota Warisan dan seterusnya pada tahun 2005 membina bangunan surau sendiri dari sumbangan penduduk Kota Warisan dan Zakat Selangor sebanyak RM50,000.00. Kos pembinaannya ialah RM300,000.00 dengan luas binaan 5,000 kaki persegi.
Pada tahun 2010, pembinaan bangunan tmbahan baru telah dimulakan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Mac/April 2012 dengan melibatkan kos pembinaan tambahan RM1.15 juta dengan keluasan binaan 19,000 kaki persegi akan menyediakan ruang dewan solat, bilik kuliah/ tuisyen pelajar, bilik seminar, perpustakaan, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah, bilik dapur dan bilik tetamu musafir.