Cara Mengingatkan Imam Yang terlupa

Daripada Sahli bin Sa’di As-Saidi r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang berlaku kepadanya sesuatu perkara dalam sembahyangnya maka hendaklah dia (mengingatkan orang lain dengan) mengucap: Subhanallah; (Janganlah kaum lelaki bertepuk tangan, kerana) perbuatan bertepuk tangan itu hanyalah untuk kaum perempuan, dan bertasbih (mengucap Subhanallah) untuk kaum lelaki. (Riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya)

Kalau imam terlupa mengenai sesuatu perbuatan sembahyang, maka makmum (lelaki) dikehendaki mengingatkan imam dengan menyebut “Subhanallah”.

Pada permulaan Islam, dibenarkan berkata-kata dalam sembahyang misalnya, menjawab salam, mendoakan orang bersin dan memberitahu berapa rakaat sudah dilakukan sekiranya ditanya. Akhirnya turun larangan sepertimana dalam hadith di atas, (apabila Abdullah bin Masud yang baru balik dari “outstation” memberi salam kepada Nabi semasa sembahyang dan nabi s.a.w tidak menjawabnya sehingga selesai sembahyang).

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, beliau berkata, “Dahulu kami mengucapkan salam kepada Nabi saw. ketika baginda mengerjakan sembahyang dan baginda membalas salam kami. Ketika kami kembali dari Najasyi (Habasyah), kami mengucapkan salam kepada baginda, namun baginda tidak membalasnya, baginda berkata, ‘Sesungguhnya dalam sembahyang itu ada kesibukan. (Maka aku bertanya kepada Ibrahim, “Bagaimana yang Anda lakukan?” Dia menjawab, ‘Aku menjawab dalam hati.’).”

Hadis Zaid bin Arqam r.a katanya: Kami pernah bercakap-cakap di dalam sembahyang. Seseorang itu boleh bercakap-cakap dengan temannya yang berada di sisi semasa sembahyang. Akhirnya diturunkan ayat yang bermaksud: Dirikanlah sembahyang kerana Allah dengan khusyuk. Jadi kami diperintahkan supaya diam dan tidak lagi bercakap-cakap semasa sembahyang.

Sembahyang adalah doa dan ia juga merupakan tasbih, takbir dan bacaan al-Quran. Ia tidak boleh ditambah dengan perkataan-perkataan (percakapan-percakapan) yang lain.

Cara bertepuk tangan bagi perempuan ialah dengan menepuk tapak tangan kanan ke atas belakang tangan kiri dan bukannya seperti bertepuk tangan semasa bersuka-ria. Perbuatan menepuk tangan yang menemukan kedua tapak tangan adalah berasal dari Syaitan. Setelah berjaya menipu Nabi Adam dan mengeluarkannya dari syurga, syaitan bertepuk tangan, bercekak pinggang dan bersiul-siul sambil berjalan-jalan.

Perempuan hanya boleh bertepuk tangan untuk menegur imam kerana suaranya adalah aurat (walaupun hanya sembahyang berdua bersama suaminya, ini kerana suaranya adalah aurat di dalam sembahyang).

 

Sumber: https://nasbunnuraini.wordpress.com/2017/05/07/cara-mengingatkan-imam-yang-terlupa/

Print